Tuesday 27 December 2011

Tulisan Seorang Insan

Tak tahu mcmna nak mulakn cerita nie????
smlm disbbkan tdo yg agak lewat hari ni, aku trbgn lmbt lg.. kira2 pkul 11.30 pgi.. ye.. aku akui aku trlepas subuh... insyaAllah esok x buat...
Lps je bgun trus minum air suam n mkn buah lngsat yang diberi oleh kwn.. x pe la hari terasa mlas nak trun  mkn tghari dan mlm.. x pe la, roti gardenia dan buah lgsat ni pun da ckup untuk aku brtahan smpi hari esok..
Aku trus on laptop n dgr lagu. Sambil itu, aku mengangkat baju yg telah dibasuh smlm n dilipat masuk dlm almari, lps tu aku sapu bilik.. selesai je smua tu. aku mndi...
Sedang melayari intrnet, aku trjmpa link sorg sahabt ni kat fb die.. aku buka la. rpa2nye... link sebuah blog.. tajuk post dlm blog tu, "TULISAN SEORANG INSAN"...


Selesai je baca post itu, byk pngajaran yg telah aku belajar.. dlm satu cerita jer telah dpt mmbuka mata hati aku utk aku jd seorang insan yg berkualiti di muka bumi ini... Dlam post itu, mnceritakn bgaimana seorg lelaki yg kuat berpeleseran dan brjoli2 dgn pompuan, pulang lewat mlm dan telah dikahwinkan dgn seorang perempuan yang solehah... Jika difikirkan mmg perkara2 mcm ni besa brlaku kan.. Tak terdetik ke di hati kita, Bukan kah wanita yang baik, hanya utk lelaki yang baik.... Sebenarnya, dalam kehidupan kita ni, kita sebagai hamba-NYA hnya mmpu merancang.. HANYA TUHAN YANG TAHU yang ditentukan dlm hidup kita.. Dalam cerita ini, akhirnya lelaki itu terbuka hatinya untuk berubah. Di saat lelaki tu berubah, brmacam2 pula dugaan yang dihadapi, sprti syrikat hndak muflis dan timbulnya keraguan abg ipar sndiri trhdp lelaki itu.. Namun bagaimanapun, si isteri sahaja yg mgenali lelaki itu, dugaan yang paling berat adalah ketika lelaki itu, dituduh membunuh si isteri.. pelbagai perasaan timbul apabila mmbaca cerita itu, bkn trhadap cerita itu sahaja, tetapi mgenai kelemahan sendiri....


Aku akui ketika ini, aku seorg yg lemah kerana hnya brdiam diri dgn apa yg trjadi kat aku baru2 ini. Namun, insyaAllah aku akan kuatkan diriku kembali.. dan jadi insan sepertimana aku kenal kenal dia sebelum ini... Ada TIGA ayat yg membuka hati aku apabila membaca cerita tu......




 Belajar DIAM dari banyaknya BICARA Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN Belajar TAWAKKAL dari UJIAN Belajar REDHA dari satu KETENTUAN..


Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah.


"Nikmat yang paling berharga selepas nikmat iman dan islam adalah memiliki sahabat yang soleh. Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya, maka peganglah ia bersungguh-sungguh", Saidina Umar Al-Khattab.

Kadang-kadang dalam hidup ini tak semua benda kita boleh dapat. Apa yang kita rancang terkadang tak sama dengan apa yang kita akan dapat. Untuk kisah ini, bagi lelaki itu satu pengakhiran yang baik sebab dia sempat mendekati dirinya dengan ALLAH, dia juga dalam keadaan yang bersih. Bagi kita? wallahualam, hidup mati ini tak tentu bila tapi ingatlah. Ianya pasti. Permulaan hidup kita sangat indah di azan atau di iqamatkan. Ayat pertama yang kita dengar. Alangkah indahnya jikalau akhir hayat kita juga di akhiri dengan kalimah yang indah. Mari kita berusaha menjadi hamba yang baik. Ingat mati itu pasti syurga atau neraka yang menanti.




Friday 23 December 2011

Monday 28 November 2011

Dalam hidup aku, tidak ada istilah membuang kawan.....
kenapa?????
Aku mmg tahu dan aku akui aku bukan la insan yg sempurna untuk melakukan sedemikian.....
Jika ada insan yg melakukan hal sedemikian trhadap aku...
Jujur aku katakan, aku x akan membenci insan itu....
Oleh itu, beruntung la insan-insan itu kan..

Awak...
Aku sbnrnya rasa sakit sgt bila aku nampak ayat ini, "sy x suka bila org nasihat sy tp dia sndri bt noktah"
Sangat sakit bila perkataan noktah itu digunakan....
Nak tau mcmna rasa sakit nye...
Sakit apabila ibubapa x prcayakan kita..
Sakit apabila org yg disyangi melukakn hati kita....
Mengapa pula aku sakit dan pedih...
Sbabnye.... aku sgt sayang awak sebagai sahabat aku...
Memang beruntung kan insan itu....

Awak...
Da lupa ker, janji2 kita kat Markas Lepak tu...
Pangkalan waktu kita mkn, tido dan paling aku x bleh lupa bila awak ketawa sampai trbaring apbila mndngar crita aku.... jujur aku nak ckp... aku rasa x lawak pun crita aku...
Aku x pasti awak ingat lg ker... sbb awak prnh da beri noktah dlm prsahabatan kita....
Awak ingat ka lagi ayat ni...

Sayangi sebuah perkenalan
kerana di situ tercipta kemesraan.
Kenangi sebuah persahabatan
 kerana di situ tercipta perhubungan.
Hargailah kedua-duanya
kerana itu lah rahmat Tuhan.

Awak..
Sbenarnya aku da mula hilangkan awak dalam hidup aku...
Dan aku nak awak tahu, sangat terseksa dan pedih utk melakukan perkara itu......
Tapi aku sbnrnya masih x mampu melakukannya....
Selamanya.....


Awak...
Siapalah aku yg hanya insan lemah di dunia ini untuk x memaafkan org..
Aku sntiasa memaafkan org..
Dan x pernah membenci org yg aku sayang...
Tapi????
Aku jenis yg sukar melupakan... 
Dan aku sebenarnya masih trguris dan terluka ....

Awak..
Jangan risau la, bagi aku awak x prnh bt salah pun...
Sukar utk mnyalahkan awak.... hehehe...
Tapi????
Entah la.. sukar untuk kita mcm dulu lg...
Kenapa????
Aku blum ada jawapan lg....

Awak...
Aku ingin minta maaf juga...
Aku harap awak maafkan la insan yg asyik trgelincir ini...




Dipetik dari cerita
OMBAK RINDU
versi Vietnam
28/11/2011



Saturday 26 November 2011

Meluahkan Cinta Tanpa Berkata-Kata



Bagi seseorang yang menghargai perkataan cinta, ianya pasti agak sukar untuk mereka meluahkan perasaan itu. Adakah luahan yang dilakukan hanyalah semata-mata pengisytiharan atau komitmen yang sanggup diberikan? Adakah ia hanya satu ucapan ringkas sebagai tanda penghargaan? adakah anda mengetahui tujuan utama anda meluahkannya? dan wujud pelbagai persoalan lagi. Ramai pendapat yang bersetuju bahawa luahan adalah tidak penting berbanding tindakan atau perlakuan. Utamakan tindakan terlebih dahulu kemudian barulah ianya disusuli pula dengan luahan kata-kata.
Tunjukkan penghargaan- Cara paling mudah untuk anda meluahkan perasaan cinta adalah dengan menunjukkan penghargaan kepada seseorang. Terdapat pelbagai cara untuk anda mengekspresikannya. Ianya hanya terpulang kepada kreativiti anda sendiri. Salah satu contoh yang mungkin boleh diberikan adalah dengan memberikannya kad ucpan penghargaan, kata-kata yang merujuk penghargaan, tunjukkan rasa hormat kepadanya atau dengan memberikan hadiah. Ianya tidak seharus berbentuk meterialistik semata-mata, terpulang kepada kemampuan dan keikhlasan anda.
Luangkan masa- Sekiranya anda sanggup untuk meluangkan masa terhadapnya, ia juga merupakan salah satu cara luahan perasaan yang terbaik. Terutamanya terhadap perhubungan yang melibatkan jarak jauh. Ianya bukan hanya boleh diaplikasi untuk pasangan bercinta sahaja, sebaliknya anda juga boleh menggunakannya sebagai luahan perasaan cinta kepada ibu bapa anda sendiri yang semestinya lebih penting dari segalanya. Disini anda perlu ingat bahawa wang bukanlah segala-galanya.
Memberikan sokongan- Disebalik kejayaan seseorang, pasti ada seseorang yang memberikannya seratus peratus sokongan untuk berusaha lebih gigih untuk mengecapi sesuatu kejayaan. Sekiranya anda betul-betul mencintai seseorang itu, sentiasalah memberikan sokongan terhadap segala usaha yang sedang diusahakannya. Berkemungkinan berkat sokongan anda yang tidak putus-putas akan memberikan pulangan yang berharga bukan terhadap dirinya sahaja, tetapi diri anda juga.

Friday 25 November 2011

sekalipun cinta telah ku uraikan
 dan ku jelaskan panjang lebar
 namun jika cinta ku datangi
 aku jadi malu pada keterangan ku sendiri

meskipun lidah aku telah mampu menguraikan
 namun tanpa lidah cinta tenyata lebih terang
 sementara pena tergesa gesa menuliskannya
 kata kata pecah berkeping keping

dalam mghuraikan cinta akal terbaring tak berdaya
 bagaikan keldai yang terbaring dalam lumpur...

cinta sendiri lah yang mnerangkan cinta dan percintaan.

Kejujuranku...

Walau selapar mana pun aku... 
tapi bila aku terfikir akan orang yang kebuluran atau ternampak gambar-gambar insan yang kebuluran dan kelaparan...
Entah kenapa aku jadi hilang selera makan...

Hanya Tuhan Yang Tahu

Thursday 24 November 2011

"Seburuk-buruk hati sanubari dan sejahat manapun seorang lelaki itu walaupun tidak ada siapa yang tahu,
lelaki itu tidak akan menghancurkan hati seorang wanita yang suci, malah akan sanggup terseksa jika mencintai wanita itu dalam diam"
Hidup tak boleh pasrah, sebaliknya perlu redha..
Pasrah maknanya anda menyerah sahaja, sebaliknya redha adalah ikhlas kepada Tuhan dan berjanji akan mengubah kepada yang lebih baik..

Pengalaman Baru .... Dunia Baru


        Hari ni aku saje nak critakan apa yg telah berlaku spnjg minggu ni...

kalau korg nak tahu, aku ni da dinaikkan pgkat utk kolej kediaman aku ni.... Dgn berbesar hati aku nak gtau kat korg ni, nama kolej kediaman aku ialah  KOLEJ UNGKU OMAR...

bermula detik meeting yg prtama.. hari isnin lepas(21/11).. dlm plan meeting nak dijlnkn pada pkul 8.00mlm... tpi fhm2 la hari tu kan final bola Malaysia Vs Indonesia... apalagi, meeting tunda la pada pkul 10.30mlm... konon je la tu.... yg minat bola pasti tau apa yg trjadi kat match tu.... setelah abis ygk bola tu.. meeting tetap d truskan... nak tau pkul brape start meeting... PKUL 11.50MLM... tpi x pe la.. dgn amanah yg da diberikan kpda aku.. aku dtg gak...di sbbkn keja harian yg cbuk sbgai mahasswa.. aku x smpt mkn utk hari tu je... hnya mknn ahad mlm je yg aku gunakan...... x pe.. aku iklaskan je....

hari kedua.... plak..
klas start pkul 8... mmg aku da jgka, aku lewat bgun.. sbb mlmnya kan aku tdo lewat... aku ikhlaskan lg dgn kehidupan aku tu... aku hnya pakai yg smpat je... tali leher, kad matrik n  tali pnggang pakai dlm bas je... nasib bek cuma perlu setting rambut je... bersyukur jd lelaki.. hehehehe... bese la dlm kelas... ada kuliah yg mgntuk n x... tpi kuliah pagi tu.. brcmpur2 plak.. ok la... lps je klas pagi tu.. aku trus p cafe... nak mkn sbyk yg mampu.. hahahahaha.. Alhamdulillah.. kenyang... Syukur kepada Allah s.w.t sbb bgi aku rezeki n masa utk mkn... lps je mkn aku trus p library cari jurnal.... tpi ntah apa hal.. aku sakit perut plak... jd masa tu aku d tndas je la... hak hak hak...... tpi tiba bilik nak cari jurnal tu tutup plak.. ade masalah katenyer.....  jd aku n mmber2 aku.. balik la...  kitorg nak cari jurnal tu sbb nak bncg dgn Prof utk kursus yg di ambil..... kitorg plg je la... pkul 3 plak nak jmpa prof sprti yg djnjikan... smpi d kolej.. aku mggunakn masa yg ada utk cari jurnal... akhirnya.. aku jmpa 4 jurnal.yg benar2 brkualiti... tpi ntah apa hal plak.. prof ada hal plak.. jd aku plg la.. smpi kolej lbih krg pkul 5... settle hal yg wajib.. aku tdo... 
paling aku suka mlm tu, aku ada 2 meeting yg amat penting...  1mmeting program besar kampus under MPP n meeting kolej kediamn... dlm kiraan 8-10, mmeting prtama, 10-x psti, meeting kedua.... selpas tu cek grup kat fb ada kelas gnti plak...8.30-10.30 mlm.. jd yg trbaik aku pilih la kelas gnti... abis je klas gnti tu.. aku trus masuk meeting kolej........... fuh mmg penat...x smpt nak mkn pun... akhirnya settle mmeting mlm tu pkul 1 pagi.. hehheehe.. bes kan...... lps je meeting.. aku tdo...

hari ketiga....plak... hehhehe
klas brmula pkul11-1 tghari... x pe..aku mcm bese la sbgai mahasswa... abis je klas.. ingat nak mkn sbb da lapar thap kronik da... hahhaha.. tpi mmndgkan xde mmber teman... aku balik je la kolej.. sbb hari rabu, kolej kitaorg ada pasar mlm rabu.. tu yg aku ska.. mcm2 mknn ada... lps bt prkara2 wajib.. aku trtdo plak.. ntah la letih sgt ptg tu.. mgkin sbb perut da kosong n xde tenaga.. aku trtdo smpi pkul 5.30 ptg....trsedar je.. aku trus basuh muka nak p pasar malm tu... tpi.. pnya la lebat hujan... aku redha sbb x dpt trun...... tba2 aku trlupa nak bt surat jmputan utk meeting ketiga mlmnya... dgn segala tenaga n kudrat yg lemah.. aku gagahi utk bt surat tu... nasib la segala print2 tu di buat kat pejabat kolej je....  mlm.. bermula meeting tu.. aku kena bntg kan usul utk annual dinner kolej yg akan dijlnkn nnt... pada masa yg sama aku kena catat minit mesyuarat gak... selesai meeting pkul 12.20pagi.. aku trus masuk bilik.. basuh muka, kaki, lakukan perkara wajib,... aku on laptop..tiba2 bru aku sedar... aku blum mkn lg..... bygkan la..mknn klmarin jd sumber tnaga aku... huh.. mmg mncabr dunia mahasswa kan... 

dgn berbekalkan perut yg lapar tu la aku bt blog ni... nak luhkn isi hati la konon kan.. tpi sape yg tahu... hanya Tuhan yg thu n pembaca blog ni klu ada la...... 

esok plak.. satu hari xde klas... Alhmdulillah... .. tpi semua ni kita kena redha... x leh pasrah..... bak kata lisa surihani dlm cite Ombak Rindu  "tu bkn redha, tu pasrah.. sbb redha itu ikhlas...".. sbagai manusia kita kena redha dgn ketentuan bknnya pasrah je dgn nasib...

masa yg ada esok nak rehat 1 hari n makan.. hehhehe.. mmg first time dlm hidup aku x mkn 2 hari.. selalunya msti ada mkn gak wlupun megi....

bye sume... Assalamualaikum...


Wednesday 23 November 2011

Sunyi


Kehidupan yang memeritkan sudah lama bermula. Aku kini keseorangan. Cuma bertemankan kenangan yang indah dan menyayat hati. Isteri dan anak aku telah pergi. Kembali kepada-Nya. Aku akur. Dari-Nya kita datang, kepada-Nya lah jua kita akan kembali. Titisan air mata aku kian meluncur laju di pipiku. Apakah ini sudah menjadi suratan takdir bagiku? Aku harus menerima dengan kerelaan hati yang sentiasa merindui kedua-dua insan yang amat aku sayangi.

‘Aiman, sayang. Buat apa tu?’
‘Aiman fikir ibu, papa.’
‘Oh!!’
‘Aiman rindu sangat dengan ibu, papa. Ibu pergi mana, papa?’

Aku terdiam sejenak. Aku telah kehilangan teman sehidup sematiku yang amat kusayangi dalam satu “pertempuran” yang sungguh menyayat hati. Isteriku yang disayangi telah pergi disebabkan kanser hati yang tidak sempat diubati. Pemergian ini menyebabkan anakku seolah-olah tidak keruan. Aku tidak tahu apa yang terlintas di fikirannya. Sejak isteriku ‘pergi’ , aku dan anakku bukan diri yang masing-masing. Aku lebih banyak mendiamkan diri. Anakku pula kelihatan mencari-cari sesuatu yang aku tidak pasti apa yang dicarinya. Tetapi aku masih tidak dapat meneka apa yang difikirkannya. Adakah dia tertanya-tanya ke mana ibunya telah pergi? Mungkin benar tekaan aku, tetapi bagaimana tekaan aku meleset sama sekali.

‘Papa.’
‘Ya, sayang.’
‘Kenapa, papa’
‘Tak ada apa-apa, sayang.’

Hatiku terasa sebak. Air mataku ini tidak dapat ditahan lagi. Arghhh!!! Aku tak boleh menangis depan Aiman. Aku mesti kuat. Arghhh!!!! Aku terus pergi bilik bacaan meninggalkan Aiman yang masih dengan fikirannya yang masih memikirkan ke mana ibunya telah pergi. Air mataku mengalir umpama tiada hentinya.

“Ya ALLAH, ya Tuhanku. Kau lah tempat ku berlindung dan Kau lah juga tempatke memohon redha dan kekuatan. Kau kuatkanlah aku, ketabahanku untuk menerima segala ujian dan dugaanMu, Ya ALLAH ! Kau berikanlah aku kekuatan untuk meneruskan hidup ini tanpa penyeri kehidupanku dan rumahtanggaku yang bernama isteri. Kau tempatkanlah dia di kalangan para salihin dimana tempat dia sepatutnya berada. InsyaAllah. Kau tenangkanlah hati anakku, Aiman untuk menghadapi hari-harinya yang mendatang. Amin Yarabbal Alamin.”

Air mataku mengalir lagi. Aku bagai hilang punca untuk menghentikan tangisan ini. Aku tidak mampu… Arghhhh!!!!!! Dahulu, isteriku yang menceriakan aku ketika aku bersedih. Tapi kini, siapa? Adakah pengganti bagi isteriku, Maisarah? Tapi perlukah aku mencari penggantinya? Menggantikan tempat dihatiku yang telah diduduki oleh Maisarah setelah sekian lama. Adakah Aiman akan menerima sekiranya aku mencari pengganti bagi ibunya? Arghh!!!!!!!!! Aku tak perlu berbuat demikian. Aku yakin aku akan mampu menjaga Aiman bersendirian tanpa bantuan sesiapa pun. Kecuali aku pergi kerja, tentulah aku hantar ke rumah mak aku kan? Apalah kau ni, Rasyim?
Dua bulan telah berlalu...

Aku mengambil keputusan untuk bercuti selama seminggu untuk meluangkan masa dengan Aiman. Lagi pun Aiman cuti juga. Cuti pertengahan semester selama seminggu. Aku nak ajak Aiman pergi bercuti. Tapi di mana tempat paling sesuai? Nanti jer aku tanya Aiman sendiri mana dia nak pergi. Aduh.. Laparnya.


"Papa!"

"Apa yang Aiman buat pagi-pagi buta ni?"

"Tak ada apa-apa."

Aku terhidu sesuatu yang pelik datang dari arah dapur.

"Aiman ada buat apa-apa kat dapur?"

Aiman hanya mendiamkan diri.

"Papa pergi tengok dapur dulu. Kalau ada apa-apa kat dapur, Aiman sedia dengan alasan Aiman. Ingat tu.


Tiba-tiba....


"AIMAN!"

Darah aku meluap-luap bagai mendidih dan bagai gunung berapi yang bakal meletus dan mencurahkan laharnya.

"Aiman buat apa kat dapur ni? Kenapa Aiman ni? Tak ada masalah, jangan cari masalah."

"Aiman tak dapat tidur. Aiman lapar. Aiman teringat 'pancake' yang Aunty Nazirah beri semalam. Aiman nak panaskan. Tiba-tiba sahaja perut Aiman memulas. Jadi Aiman pergilah tandas. Tak dapat tahan dah. Lepas tu, Aiman hidu apa yang papa terhidu juga. Aiman panik. Aiman 'spray' guna 'spray bottle'. Papa, Aiman minta maaf. Aiman tak sengaja. Papa jangan marah."



"Macam mana papa tak marah? Macam mana kalau ada apa-apa yang berlaku pada Aiman? Siapa yang susah? Papa juga yang susah dan Aiman turut susah. Lain kali kalau Aiman lapar, makan saja Koko Krunch dalam kabinet tu. Kan papa dah beli banyak untuk Aiman. Kalau tak pun, kejutkan papa."

"Aiman memang nak kejutkan papa. Tapi, Aiman takut papa marah Aiman ganggu tidur papa."

Aku menjadi buntu apabila Aiman memberi alasan yang boleh diterima akal. Bagi aku, aku tidak kisah tidurku diganggu hari ini kerana aku cuti. Tidak mengapalah. Aiman masih kanak-kanak lagi. Aku tidak kisah. Dalam usianya yang masih berusia enam tahun, pemikirannya masih belum matang.

"Papa! Papa!"
“Ya, Aiman? Ada apa-apa lagi?”

Jauh sungguh aku mengelamun. Alangkah baiknya kalau Maisarah masih ada di sisi untuk mengurus semua perkara ini. Dia tidak sama sekali pernah merungut. Malah, sepanjang perkahwinan aku dengannya, dia tidak pernah meninggikan suara kepada aku malah anaknya, Aiman yang nakal itu. Sungguh pun dia sedang marah, Maisatah isteriku yang solehah itu masih mampu tersenyum. Arghh!! Aku makin kemaruk memikirkan isteriku yang dah pergi untuk selama-lamanya. Hurh!!!

“Aiman, dengar pesan papa ni. Kalau Aiman lapar, Aiman kejut jer papa. Papa janji papa tak marah punyer. Papa meradang jap. Hehe. Gurau jer. Papa ada sediakan Koko Krunch untuk Aiman. Banyak lagi tu. Boleh katakan penuh kabinet bawah dapur tu. Aiman jangan nak memandai lagi tau nak masak sendiri. Nanti benda buruk jadi macam mana? Aiman saja waris papa sekarang. Papa dah tak ada sesiapa kat dunia ni kecuali Aiman dengan nenek . Aiman dengar cakap papa k. Aiman sajalah harapan papa. Aiman jangan nakal-nakal tau. Aiman mesti dengar cakap papa.”
“Baik papa. Aiman janji Aiman tak akan ulang lagi perkara tadi. Papa, Aiman lapar.”
“Papa pun lapar jugak. Aiman nak makan apa? Nanti papa belikan.”
“Aiman nak makan roti canai lah. Dah lama tak makan roti canai. Papa nak beli kat mana?”
“Kat tempat biasala. Aiman nak ikut papa?”
“Nak ikut.”
“Cepat pergi tukar baju. Papa tunggu kat ruang tamu. Jangan lambat sangat.”
“Baik papa.”

************


Hari ini hari terakhir aku bercuti. Esok aku akan mulai bekerja dan Aiman turut mula bersekolah. Sepanjang cuti ini, aku meluangkan banyak masa dengan Aiman. Aiman cukup gembira sepanjang cuti ini. Masa Aiman banyak dihabiskan dengan aktiviti-aktiviti yang disukainya lebih-lebih lagi apabila aku membawanya dan mak pergi melancong ke destinasi yang diidam-idamnya iaitu Disneyland. Wajah Aiman menampakkan kegembiraannya. Tetapi aku tidak tahu akan isi hati. Adakah dia sentiasa mengingati ibunya? Bukan aku melarang Aiman untuk sentiasa mengingati ibunya, isteriku , aku cuma bimbang ia akan mengganggu kehidupan Aiman.


Keesokan harinya.

“Aiman. Bangun, nak. Sekolah.”
“Baik, papa.”
Kebingungan. Aku tidak tahu nak hantar Aiman ke mana nanti lepas habis masa sekolah. Mak balik kampung nak melawat Mak Ngah. Aku pula terpaksa kerja lebih masa hari ini. Nak ditinggal Aiman keseorangan kat rumah, aku tak boleh. Nanti macam-macam perkara boleh berlaku.

“Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.” jawab aku.
Ohhh. Rupa-rupanya Nazirah.
“ Ada apa, Nazirah?”
“Ni. Mak saya ada buatkan nasi lemak. Dia pesan suruh berikan kat anak awak. Buatkan bekal ke sekolah.”
“Terima kasih, Nazirah. Boleh saya bertanya sedikit?” tanya aku dengan sedikit rasa keberatan.
“Boleh. Tak ada masalah. Tanya jer.”kata Nazirah.
“Tengah hari ni awak sibuk tak?” aku bertanya.
“Tengah hari ini? Tak rasanya. Kenapa?” Nazirah hairan.
“Sebenarnya, hari ini saya terpaksa kerja lebih masa. Kemungkinan balik pun waktu malam. Almaklumlah. Saya bercuti panjang minggu lepas. Kerja berlambak-lambak. Jadi, saya nak tinggalkan Aiman kat rumah awak untuk hari ini. Boleh ke?”
“Ohh... Ingatkan apa tadi. Hehe. Boleh. Awak pun sibuk. Tak apa. Nak saya jemput dia pulang dari sekolah jugak ke? Kebetulan saya nak pergi sekolah tu jugak nanti.”
“Kalau Nazirah tak keberatan, boleh jugak. Tapi... Tak menyusahkan awak ker??”
“Takder lah.”
“Kalau begitu, nanti saya beritahu Aiman. Terima kasih banyak-banyak.”
“Tak mengapa. Saya ikhlas membantu.”

Malam waktu sudah menjelang. Aku balik ke rumah setelah seharian bekerja. Menyelesaikan semua kerja yang tertunggak sebelum aku bercuti. Alhamdulillah, semua beres. Aku segera ke bilik Aiman.

“Aiman.” Kataku sambil mengetuk pintu.

Pintu terbuka. Bilik anakku gelap gelita. Aku hidupkan lampu. Alangkah terkejutnya aku melihat sesuatu yang aku tak sangka akan berlaku di rumah aku. Aku terus ke bilik aku. Alhamdulillah. Semua barang peribadi aku masih selamat. Tapi, di manakah anak aku?

“ Kenapa tabung dia saja yang pecah sedangkan barang lain yang lebih berharga tidak dicuri? Aku kehairanan.

“ Assalamualaikum.” Ucapku.
“ Waalaikumsalam. Ada apa, Wan?” tanya ibu Nazirah, Mak Cik Rozita.
“ Mak cik, Aiman masih ada kat sini tak?” tanya aku. Keresahan.
“Tak ada, Wan. Dia dah balik petang tadi dah.” Ujar Mak Cik Rozita.
“Ye ker?? Tak apa lah, mak cik.”
“Ada papa yang tak kena, Wan?” tanya mak cik Rozita. Naluri orang tua sememangnya begitu. Sentiasa dapat mengagak sesuatu yang tak kena.
“Aiman tak ada kat rumah, mak cik. Tabung dia pecah berderai. Tapi barang-barang saya yang lain tak terusik. Saya takut apa-apa terjadi kat Aiman, mak cik. Dia saja lah anak saya.”
“Betul ker??”
“betu..........

Telefon bimbit aku berdering. Nombor yang tertera tidak ada dalam senarai. Aku jawab dengan penuh curiga dan kerisauan.

“ Hello. Ini Encik Rizwandi?” tanya suara yang aku tak kenali.
“Ya, saya. Ada apa?” tanya aku dengan berhati-hati.
“Saya pekerja dari Hot Cross Bun hendak memberitahu bahawa anak Encik, Aiman ada di kedai kami. Kalau boleh, kami minta encik segera datang ke sini. Terima kasih.” Kata suara itu.

Aku bernafas lega. Tapi, rasa hairan aku semakin meningkat. Apa Aiman buat di Hot Cross Bun malam-malam begini? Aku segera ke kedai itu.

“ Papa.” Panggil Aiman.
“ Aiman buat apa kat kedai ni malam-malam macam ni? Aiman pergi dengan siapa?” tanya aku tergesa-gesa kerana bimbang akan anakku.
“Aiman pergi sorang-sorang. Aiman nak beli kek.” Jawab Aiman.

“ Buat apa nak beli kek? Aiman tahu tak. Bahaya kalau Aiman jalan sorang-sorang. Nanti macam-macam boleh berlaku. Nasib pekerja sini ada telefon papa. Kan papa sudah pesan, kalau lapar makan saja Koko Krunch dulu. Papa balik dari kerja, papa masak. Kenapa degil sangat ni?” kata aku dengan nada marah.

Aiman mula menangis. Aku risau bercampur marah. Kenapa Aiman semakin berani tidak mendengar kata aku.

“ Papa tak ingat apa-apa ka hari ini?” kata Aiman teresak-esak menangis.
“ Ingat akan apa?” kataku.
“Hari ini adalah hari paling istimewa bagi Aiman. Hari yang Aiman tunggu-tunggu. Papa langsung tak ingat ka? Hari ini hari jadi ibu, papa. Sebab itu Aiman pergi kedai ni. Aiman nak beli kek untuk sambut hari jadi ibu. Walau ibu sudah pergi, Aiman tetap akan sambut hari jadi ibu, papa. Sampai hati papa lupakan hari jadi ibu.”

Aiman terus lari keluar dari kedai dan tiba-tiba............... 


“AIMANNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN...... Jangan tinggalkan papa, nak. Papa dah tak ada sapa-sapa. Aiman saja lah waris papa. ”
“ Telefon ambulans.” Kataku meminta pertolongan.
Tidak lama selepas itu, ambulans datang. Aiman masih kaku. Tidak bergerak. Aku yakin Aiman akan selamat. Aku yakin. Tangisan aku sudah tidak dapat dibendung lagi. Aku melihat anak aku terbaring kaku di atas katil ambulans.

“Aiman mesti kuat. Jangan mengalah. Aiman pasti selamat nanti. Papa yakin Aiman selamat.” Bisikku kepada Aiman sambil menenangkan hati ini yang kebimbangan akan kehilangan seorang lagi insan yang sungguh bermakna bagiku.
Aiman dimasukkan ke dalam wad kecemasan. Aku menunggu dengan penuh rasa bimbang dan sedih atas apa yang telah berlaku sebentar tadi. Aku tidak sepatutnya memarahi Aiman tanpa usul periksa. Semua ini salah aku. Salah aku. Kalau aku tak memarahi Aiman tadi, pasti perkara ni tidak berlaku. Bodohnya aku. Titisan air mata membasahi pipiku. Laju meluncur.

“Encik Rizwandi” seorang doktor memanggil aku.
“Ya saya. Macam mana dengan anak saya, doktor? Dia tak apa-apa ker, doktor?”
“Saya minta maaf, Encik Rizwandi. Saya dah cuba sedaya upaya saya untuk menyelamatkan anak encik. Tapi tak berjaya. Kecederaan yang dialami anak encik amat kritikal. Dan sekiranya anak encik selamat sekalipun, dia mungkin akan koma untuk tempoh masa yang lama. Kemungkinan koma untuk sepanjang usianya. Encik mesti tabah. Ini semua ujian dari ALLAH SWT. ALLAH lebih sayang dia. Encik mesti terima hakikat ini. Sekali lagi saya nak meminta maaf.” Jelas doktor itu.

Tidak. Ini tak mungkin terjadi. Ini semua mustahil. Semua ini salah aku. Kalau aku tak kerja lebih masa hari ini, semua ini tidak akan berlaku.

“Encik Rizwandi. Encik Rizwandi.” Kedengaran suara doktor itu memanggil aku sebelum semuanya menjadi gelap-gelita.


Kini aku keseorangan. Cuma bertemankan kenangan yang indah dan menyayat hati. Isteri dan anak aku telah pergi. Kembali kepada-Nya. Aku akur. Dari-Nya kita datang, kepada-Nya lah jua kita akan kembali. Titisan air mata aku kian meluncur laju di pipiku. Apakah ini sudah menjadi suratan takdir bagiku? Aku harus menerima dengan kerelaan hati yang sentiasa merindui akan kedua-dua insan yang amat aku sayangi. Aku mengharungi hari-hariku kini dengan penuh tabah. Semua ini berlaku pasti ada himahnya. Frasa ini yang sering aku gunakan untuk menenangkan hatiku. Ya ALLAH, tempatkanlah isteriku, Maisarah dan anakku, Aiman di tempat yang telah Kau janjikan. InsyaAllah. Suatu hari nanti, kita pasti bersua semula dalam syurga yang kekal abadi. Amin yarabbal alamin.

Thursday 3 November 2011

A Goose's Dream


I have a dream,
Even if I’m thrown away or ripped to shreds
Deep in my heart I have a dream as precious as gem
If by chance, without a reason,
Somebody ridicules me behind my back
I should be patient I would wait just for that day.
As you always worry, You say that foolish dreams are poisonous.
Just like a book that tells us about the end of the world
There’s the reality that we can’t turn back already

Yes I have a dream.
I believe in that dream
Please watch over me
Standing in front of that cold wall called fate
I can firmly face it
One day I will pass over that wall And be able to fly As high as the sky
This heavy thing called life can’t tie me down
At the end of my life,
on the other day that I can smile, let’s be together

Yes I have a dream. I believe in that dream
Please watch over me
Standing in front of that cold wall called fate
I can firmly face it
One day I will pass over that wall And be able to fly As high as the sky
This heavy thing called life can’t tie me down
At the end of my life, on the other day that I can smile, let’s be together

Yes I, I have a dream I believe in that dream.
Please watch over me
Standing in front of that cold wall called fate.
I can firmly face it One day I will pass over that wall And be able to fly As high as the sky
This heavy thing called life can’t tie me down
At the end of my life, on the other day that I can smile, let’s be together