Sunday, 8 May 2011

SELAMAT HARI IBU

Ibu
Jika dahulu ibu kejutkan bangun pagi untuk ke sekolah
Aku pasti akan marah dan geram kerana menganggu tidur lenaku
Tapi kini baru aku sedari bahawa ibu sanggup bangun awal
Semata-mata aku tidak lewat ke sekolah.
Kini semua itu tidak lagi aku rasai
Aku tidak lagi melihat ibu sebagai insan pertama aku lihat
Selepas membuka mata di universiti
Aku terpaksa bangun sendiri
Sehingga kadang-kadang aku lewat tiba ke kuliah.

Ibu
Jika dahulu ibu menyediakan sarapan pagiku
Kadang-kadang pasti aku akan marah 
Jika cuma roti gardenia dan segelas susu
Tapi kini baru aku sedari bahawa ibu menyediakan sarapan
Agar aku sentiasa bersemangat ke sekolah
Kini semua itu tidak lagi aku rasai
Aku kadang-kadang tidak bersarapan ke kuliah
Walaupun cuma seteguk air masak

Ibu
Jika dahulu ibu menyediakan bekalan makanan untukku ke sekolah
Kadang-kadang tanpa sempat melihat
Aku terus membuang bekalan makanan kerana aku tahu bekalan itu cuma nasi goreng
Aku kadang-kadang bongkak kerana wang telah diberikan ayah
Tapi kini baru aku sedari bahawa ibu menyediakan bekalan
Agar aku tidak sentiasa lapar
Kini semua itu tidak lagi aku rasai
Kehidupanku sebagai mahasiswa
Yang dibelenggu tugasan dan kesibukan harian
Membuatkanku sentiasa lapar
Walaupun menu harian aku makanan mahal

Ibu
Jika dahulu aku pasti marah jika pakaian sekolah ku tidak wangi
Walaupun pakaian sekolah itu sangat bersih
Tapi baru kini aku sedari
Pakaian bersih lebih penting dari pakaian wangi
Kini aku tidak rasai lagi semua itu
Kesibukanku sebagai mahasiswa membuatku terleka untuk membasuh pakaian kuliah
Kadang-kadang aku memakai semula pakaian kuliah minggu lepas

Ibu
Jika dahulu aku selalu marah jika aku mendapat keputusan terbaik
Dalam peperiksaan ataupun ketika hari lahirku
Ibu hanya memelukku sebagai hadiah
Tapi kini baru aku sedari ibulah hadiah yang terbaik sebenarnya
Kini aku tidak rasai lagi semua itu
Keputusan cemerlangku hanya mendapatkan ucapan sayang melalui telefon
Walaupun sebenarnya keputusan itu tidaklah sehebat mana

Ibu
Kini aku sedari semua itu
Anakmu kini akan membalas pengorbananmu ibu
Segulung Ijazah akan anakmu berikan
Sebagai tanda terima kasih ibu

Mami... Abil sayang Mami
Selamat Hari Ibu