smlm disbbkan tdo yg agak lewat hari ni, aku trbgn lmbt lg.. kira2 pkul 11.30 pgi.. ye.. aku akui aku trlepas subuh... insyaAllah esok x buat...
Lps je bgun trus minum air suam n mkn buah lngsat yang diberi oleh kwn.. x pe la hari terasa mlas nak trun mkn tghari dan mlm.. x pe la, roti gardenia dan buah lgsat ni pun da ckup untuk aku brtahan smpi hari esok..
Aku trus on laptop n dgr lagu. Sambil itu, aku mengangkat baju yg telah dibasuh smlm n dilipat masuk dlm almari, lps tu aku sapu bilik.. selesai je smua tu. aku mndi...
Sedang melayari intrnet, aku trjmpa link sorg sahabt ni kat fb die.. aku buka la. rpa2nye... link sebuah blog.. tajuk post dlm blog tu, "TULISAN SEORANG INSAN"...
Selesai je baca post itu, byk pngajaran yg telah aku belajar.. dlm satu cerita jer telah dpt mmbuka mata hati aku utk aku jd seorang insan yg berkualiti di muka bumi ini... Dlam post itu, mnceritakn bgaimana seorg lelaki yg kuat berpeleseran dan brjoli2 dgn pompuan, pulang lewat mlm dan telah dikahwinkan dgn seorang perempuan yang solehah... Jika difikirkan mmg perkara2 mcm ni besa brlaku kan.. Tak terdetik ke di hati kita, Bukan kah wanita yang baik, hanya utk lelaki yang baik.... Sebenarnya, dalam kehidupan kita ni, kita sebagai hamba-NYA hnya mmpu merancang.. HANYA TUHAN YANG TAHU yang ditentukan dlm hidup kita.. Dalam cerita ini, akhirnya lelaki itu terbuka hatinya untuk berubah. Di saat lelaki tu berubah, brmacam2 pula dugaan yang dihadapi, sprti syrikat hndak muflis dan timbulnya keraguan abg ipar sndiri trhdp lelaki itu.. Namun bagaimanapun, si isteri sahaja yg mgenali lelaki itu, dugaan yang paling berat adalah ketika lelaki itu, dituduh membunuh si isteri.. pelbagai perasaan timbul apabila mmbaca cerita itu, bkn trhadap cerita itu sahaja, tetapi mgenai kelemahan sendiri....
Aku akui ketika ini, aku seorg yg lemah kerana hnya brdiam diri dgn apa yg trjadi kat aku baru2 ini. Namun, insyaAllah aku akan kuatkan diriku kembali.. dan jadi insan sepertimana aku kenal kenal dia sebelum ini... Ada TIGA ayat yg membuka hati aku apabila membaca cerita tu......
Belajar DIAM dari banyaknya BICARA Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN Belajar TAWAKKAL dari UJIAN Belajar REDHA dari satu KETENTUAN..
Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah.
"Nikmat yang paling berharga selepas nikmat iman dan islam adalah memiliki sahabat yang soleh. Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya, maka peganglah ia bersungguh-sungguh", Saidina Umar Al-Khattab.
Kadang-kadang dalam hidup ini tak semua benda kita boleh dapat. Apa yang kita rancang terkadang tak sama dengan apa yang kita akan dapat. Untuk kisah ini, bagi lelaki itu satu pengakhiran yang baik sebab dia sempat mendekati dirinya dengan ALLAH, dia juga dalam keadaan yang bersih. Bagi kita? wallahualam, hidup mati ini tak tentu bila tapi ingatlah. Ianya pasti. Permulaan hidup kita sangat indah di azan atau di iqamatkan. Ayat pertama yang kita dengar. Alangkah indahnya jikalau akhir hayat kita juga di akhiri dengan kalimah yang indah. Mari kita berusaha menjadi hamba yang baik. Ingat mati itu pasti syurga atau neraka yang menanti.